Seramai 37 orang daripada 10 keluarga dari Kampung Atas di Mukim Padang Mat Sirat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Syifa, malam ini, berikutan banjir akibat hujan sejak jam 4 pagi Ahad.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten Ahmad Shahfikri Darus berkata PPS berkenaan dibuka sekitar jam 8 malam bagi menempatkan kesemua mangsa banjir itu.